I made this widget at MyFlashFetish.com.

Islamic Clock

Jumaat, 2 Julai 2010

PUASA


 

PUASA PADA BAHASA

Puasa pada bahasa ialah menahan diri.


 

PUASA PADA SYARAK

Puasa pada istilah syarak ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara – perkara yang membatalkan puasa bermula sejak terbitnya fajar sadik hinggalah terbenam matahari.


 

DALIL KEWAJIPAN PUASA

Firman Allah SWT :


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


 

SYARAT WAJIB PUASA

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Berkuasa (mampu berpuasa)


 

SYARAT SAH PUASA

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Bukan pada hari yang diharamkan berpuasa
  6. Niat di malam hari


 

RUKUN PUASA

  1. Niat berpuasa di malam hari
  2. Menahan diri daripada melakukan perkara – perkara yang membatalkan puasa


 

PERKARA – PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Keluar air mani dengan sengaja
  4. Bersetubuh di siang hari
  5. Keluar darah haid dan nifas
  6. Gila
  7. Memasukkan sesuatu ke rongga terbuka dengan sengaja
  8. Murtad


 

PERKARA – PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA

  1. Segera berbuka apabila telah masuk waktunya
  2. Melewatkan makan sahur
  3. Meninggalkan perkara – perkara yang sia – sia
  4. Berbuka dengan buah kurma atau benda yang manis


 

PERKARA – PERKARA YANG DITUNTUT DALAM BULAN RAMADHAN

  1. Hidupkan malamnya dengan ibadah – ibadah sunat
  2. Solat Tarawih
  3. Banyakkan membaca Al – Quran
  4. Banyakkan sedekah
  5. Memberi makan orang yang berbuka puasa
  6. Jangan lakukan perkara – perkara yang sia – sia
  7. Hadiri majlis ilmu
  8. Iktikaf dalam masjid
  9. Banyakkan berdoa


 

GOLONGAN YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA

  1. Sakit yang memudharatkan
  2. Sakit yang tiada harapan sembuh
  3. Orang tua yang uzur
  4. Perempuan yang mengandung
  5. Perempuan yang menyusukan anak
  6. Orang yang bermusafir lebih 2 marhalah (90 km)


 

NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)

نويت صوم غد عن أداء فرض شهر رمضان هذه السنة لله تعالى

Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


 

NIAT PUASA RAMADHAN (SEBULAN)

نويت صوم شهر رمضان
هذه السنة كله لله تعالى

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


 

DOA BERBUKA PUASA

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك يا أرحم الرحمين

Ya Tuhanku ! kerana Mu aku berpuasa dan aku beriman dengan Mu dan di atas rezeki Mu aku berbuka dengan belas kasih Mu Ya Allah Yang Amat Mengasihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan