I made this widget at MyFlashFetish.com.

Islamic Clock

Jumaat, 2 Julai 2010

YANG LALU BIARLAH BERLALU

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang kemudian bersedih dia atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa lalu akan dilipat dan tidak akan diingat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar kita dapat keluar melihat cahaya. Kerana pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.


 

Dengan demikian tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan